All photos copyright by News photo agency and Samsul Said pictures
logo

Hanafi Alias | Malaysia Street Photographer

  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias
  • Photograph by Hanafi Alias

Hanafi Alias,
Malaysia Street Photographer (Fotografi Jalanan Malaysia)

Aku suka melihat foto yang diambil oleh Hanafi ini dan terus melekat di kepala aku kerana penceritaan foto-foto yang diambilnya di dalam bentuk Klasikal style (Traditional photo) walaupun foto ini diambil di zaman sekarang (2017) dengan mengunakan kamera digital dan diolahkan di dalam bentuk Hitam dan Putih (Black and White) dan ianya sesuai untuk dibukukan bagi tujuan pelajar Universiti untuk menyiapkan tesis atau pengkaji sejarah mengenai budaya masyarakat di Ibu kota Kuala Lumpur. Jelas ketara ciri-ciri klasikal dari segi latar belakang fotonya dan moment-moment yang penuh penceritaan di dalam sekeping foto secara tidak langsung ia menunjukan Photographer berkenaan menghayati dan menghargai susana sekeliling. Foto yang diambil oleh Hanafi cukup mudah (simple) dan mesej penceritaan terus sampai kepada audience dan ianya tidak terlalu complicated untuk dilihat. Jika disusun ianya boleh di dokumentasikan di dalam bentuk sebuah buku.

Antara foto yang aku suka lihat adalah foto mengenai sekumpulan polis beruniform di zaman era 80an dan seekor burung yang menjadi perantaraan sebagai penilik nasib bagi kepercayaan masyarakat India dulukala di Malaysia sewaktu era pemerintahan British atau mungkin lebih lama dari itu. Ini antara gambaran foto disekitar era 80an yang aku masih dapat melihat di zaman sekarang, elemen-elemen yang dimasukan di dalam sekeping foto juga menaikan mood susasana klasikal. Ada banyak lagi foto-foto yang di ambil oleh Hanafi boleh di lihat di Instagram beliau.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada saudara Hanafi kerana dapat meluangkan masa untuk aku mendokumentasikan komuniti Fotografi di Malaysia ini didalam bentuk video (Vblog), supaya ia dapat membantu generasi seterusnya atau peminat fotografi di Malaysia menjadikan ia sebagai salah satu sumber rujukan dari sudut penyampaian visual dan informasi di dalam video berkenaan dan sudah pastinya aku akan menambah baikan visual video supaya ianya akan menjadi lebih menarik selepas ini.

Subscribe Samsul Said Youtube Channel supaya aku dapat terus bersemangat untuk mendokumentasikan perjalanan Fotografi di Malaysia.

Youtube.com/samsulsaid
Facebook.com/journalasia
www.samsulsaid.com

.

  • Share

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *