All Photos Copyright Samsul Said Images
logo

Aku dan Dhaka!

 

Klik Photo kalau mahu melihat besar

 
Aku dan Dhaka
 
Dhaka bagi aku kalau as Travel photographer ni memang salah satu tempat yang best untuk shooting, kerana environment dia yang agak messy dan light dia warm jika disebelah petang. Aku tidak tahu kepadatan penduduk disini (Malas nak google) tapi kesibukan kota dia sememangnya tidak dinafikan, aku ada masa sehari sahaja di bandar ini, itu pun sementara menunggu flight pulang ke Tanah Air selepas misi kemanusiaan di Cox’s Bazaar dan Teknaf.
Kota ni agak berdebu… but environment street dia memang best!, satu lagi kalau nak membeli makanan aku suggest carilah restoran yang bertaraf sikit..pasal …erkkkkk!!!!..(Perut ke memulas). Salah satu masalah yang ketara disini adalah trafik jam dia…perghhh!!! kalau korang naik flight atau check in, aku suggest biar 4jam terlebih awal untuk perjalanan ke airport, kalau tidak AL- MARHUM!!!!… Jam dia memang teruk beb.
 
Di Dhaka hampir 80% adalah Muslim, so interm of makan jangan risau kebanyakanya halal. tapi kena pandai pilih tempat makan lah… pasal aku tak nak korang berperang dalam kamar selesa berjam lamanya…Hi..Hi..Hi…Oh!…satu lagi kota Dhaka ni syurga untuk membeli belah untuk kaum Hawa…barang seperti baju, kasut, beg dan bla bla bla…memang murah…!!! korang boleh spend sehari lah yang mana kaki shopping, Aku banyak menghabiskan masa aku dengan mengambil gambar di tempat orang. Masuk lorang sana, masuk lorong sini… pastu kalau nak naik public transport dia sekitar RM2.. Tuk! Tuk! kalau di Thailand, di Dhaka lupa plak aku nak tanya, apa kenamanya haaaa
Dan tempat untuk shopping dia agak sistematik jugak berbanding dengan bandar Cox’z Bazaar atau Chittagong, dan jarak dari bandar Chittagong ni mengambil masa 5 jam kalau menaiki Van….phewww bercinta bang!!!..Ibarat korang dari KL ke Utara jauhnya, kalau domestik flight..dalam 45minit sahaja, yang buat masalahnya adalah trafik jam, mereka ni memang main langgar je bang ha ha ha!!!!
Trafik light berdiri GAH! tapi macam tiada function bang!
 
Kalau korang duduk disebelah driver…beristifarlah banyak kali dan kalau ada darah tinggi jangan duduk sebelah driver okay!!!… hi! hi! hi!… dan mereka ni memang terer dalam pemanduan boleh hantar masuk formula 1. Pasal dah dekat baru nak break, kalau duduk sebelah tingkap Van, jangan cuba hulurkan kepala keluar tingkap, takut kepala lepas ke kenderaan sebelah Hi! Hi! hi!… disana pergunaan Hon dan break memang kerap..untunglah kalau siapa yang bukak dua jenis perniagaan ini, dan disana juga, rakyat mereka ni main lintas je bang! kalau boleh mencelah depa mencelah..kita yang dalam van plak rasa seriau!!!…sepanjang jalan Hati boleh jadi kotor..mulut boleh sentiasa mengucap kata kata yang tidak senonoh beb!! 🙂
 
Di Dhaka aku hanya menghabiskan masa di sekitar kota sahaja yang berhampiran dengan pusat membeli belah, Aku lupalah namanya haaaa!!!
 
Kalau korang nak lihat photonya klik SINI!
Semoga terhibur!

 

-end
  • Share

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.