All photos copyright by News photo agency and Samsul Said pictures
logo

Aperture magazine Interview

  • Aperture Magazine May Issue 2018
  • Aperture Magazine May Issue 2018
  • Aperture Magazine May Issue 2018

 

 

 

 

 

Aperture magazine Interview | May issue 2018

Kemenangannya di Sony World Photography Awards
2018 (SWPA) mengharumkan nama Malaysia di
mata dunia. Bukan sahaja beliau merupakan satusatunya
anak Malaysia yang berjaya bergelar juara
di SWPA 2018, bahkan beliau merupakan wakil
tunggal daripada Asia Tenggara yang berjaya merangkul gelaran juara
bagi kategori Profesional-Current Affairs & News dalam pertandingan
fotografi yang berprestij di dunia.

Kemenangan Mohd Samsul Said dikatakan mencetus satu fenomena
dalam kalangan masyarakat Malaysia mengenai apa sebenarnya
yang dimaksudkan dengan Photojournalism. Photojournalism adalah
salah satu genre fotografi yang lebih memfokus kepada penyampaian
maklumat ataupun informasi berdasarkan koleksi gambar yang
dirakamkan oleh jurugambar terpilih. Kebiasaannya, Photojournalism
ini bersifat kepada kewartawanan, cuma yang membezakannya adalah
medium penyampaian maklumat. Jika wartawan menggunakan
medium rangkaian kata, Photojournalist pula adalah jurugambar yang
menggunakan medium imej-imej yang dirakam untuk menyampaikan
maklumat tentang isu-isu semasa…………………………………………….

 

 

  • Share

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *