All photos copyright by News photo agency and Samsul Said pictures
logo

Journey to Mimaland

 

 

 

Journey to Mimaland after 24 years.

 

Aku rasa semua orang dah tahu mengenai cerita tentang Mimaland ni yang boleh dikatakan agak menyeramkan, cerita tentang Mimaland ini aku dapat tahu dari sahabat aku masa kami melepak di warung and then selepas aku dengar cerita itu, aku decide untuk buat sedikit research di youtube dan beberapa artikel di google…..Huh! something interesting inside rupanya hihihi….Dinasour di Malaysia…..walaupun berpuluh Negatif komen aku duk baca mengenai keseraman yang ada disana..tapi okay…lagi mencabar, walaupun kadangkala aku kalah dengan suasana Hutan ni…Bila sampai kerumah..aku rasa seperti kuat daya tarikan untuk aku memotret dan mendokumenkan bahan-bahan yang ada disana ialah 24 tahun telah ditingalkan kot.

 

Ini sedikit sejarah yang aku jumpa di google, aku dah padatkan selebihnya korang google lah sendiri..

 

“Mimaland started operating in 1971, it was built on a hilly area of 300 acres in Ulu Gombak near Kuala Lumpur, first phase was completed in 1970, and consisted of 24 motels, 5 chalets and a swimming pool. The main attractions, was the ‘prehistoric animal park’ containing dinosaur.In January 1993, a 27-year-old Singaporean was killed while using the giant slide at the Mimaland pool. The incident shocked the public and resulted in a temporary closure of Mimaland. a minor landslide caused damage to the walls of the same pool in May 1994. This incident caused muddy water to seep into the pool, causing the area to close to the public, Mimaland was closed permanently in 1994.”

 

so pada July 19, 2017 – aku ditemani oleh Ady Ikram dan Aiman untuk masuk ke sana sekitar jam 6pagi!!!… (Tetapi aku tak menceritakan pada mereka berdua ni yang akan ada halangan sebenarnya disana, takut mereka patah balik) pasal kalau aku masuk lewat hihhih…Bye Bye Bye (Yang ini tak perlu ceritalah , korang pergi sendiri pasal 3 days before aku gagal masuk kesana Ha Ha HA…so ini cubaan kali kedua).

Kami tiba disana pada awal pagi berkumpul di Shell gombak dan terus menuju ke destinasi…Ah! dalam perancangan sepatutnya kami kena masuk sekitar jam 6.30pagi…tetapi sampai terlebih awal plak…(6.10AM). Okay selepas park motor, kami bergerak dan baca sedikit beberapa ayat Doa..weiii…aku mmg kalah dalam hutan ni, menyesal plak aku p baca kisah seram yang ada disana.hi hi hi… tegak plak bulu roma aku bila dah terpacak depan pintu Mimaland

Oleh kerana aku ditemani oleh sahabat aku Ady dan Aiman yang tiada perasaan sangat ni, aku mengagahkan diri jugak…hi hi hi konon-konon berani lah ha ha ha.. atas reason tertentu aku cakap pada Ady dan Aiman yang kita akan ada beberapa halangan….(xxxxxx)…jadi Aiman ni pun berkata: No Worry Sam!!!!..kita tempuh sampai menjadi hi hi hi… aku pun ok ok ok…

finally kami tiba beberapa meter ke dalam daripada halangan tersebut, dan aku pun check balik Mimaland Maps ni dan goggle maps dengan hanya bertemankan light dari smartphone untuk menentukan kedudukan sebenar Animal Kingdom (Dinasour) ni.. ok dgn koordinat di google maps ni..betulah tempat yang kami nak tuju ni…maklumlah awal pagi dalam hutan memang gelap…

 

 

So aku cakap pada Aiman dan Ady kita lepak sini dulu sehingga terang sedikit and then baru kita move ke dalam, sesambil mencucuh rokok dan bersembang cerita cerita photojounalism untuk menyedapkan hati mereka berdua ni..kawasan Animal Kingdom ni hanya beberapa meter sahaja dari tempat kita duduk.

Tepat jam 7pagi..kami pun bergerak kedalam walaupun masih samar-samar kedudukanya yang penuh dengan hutan dan semak. Aku check balik location mengunakan google maps…dan tempat itu benar hanya beberpa meter saja untuk masuk kedalam dan perlu sedikit mendaki bukit.

Finally kami sampai…aku punya reaksi waktu tu….tersangat excited apabila aku nampak Replica dinasour tu dihadapan kami..tanpa melengahkan waktu, aku pun bawak keluar equipment dan berpesan kepada Ady dan Aiman, kita perlu berada sejam saja disini sebelum jam 8AM…kita perlu bergerak ke tempat lain (atas reason tertentu)…

di dalam kawasan Animal Kingdom tu tidaklah begitu semak cuma diluar sahaja, but memang interesting giler kot..pasal kedudukan replika tu dengan persekitaran hutanya seolah -olah hidup di awal pagi..ada yang aku nampk replica ni masih gagah berdiri dan ada yang lumpuh ditelan zaman… 24 YEARS!!!!!

tepat jam 8AM.. kami berselfie kali terakhir dihadapan replica T-Rex itu dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Ada beberapa destinasi yang aku perlu tuju untuk mendapatkan foto-foto disana antaranya Animal Kingdom, Motels, marquee, Children playground, The Lodge dan yang paling penting adalah Super Splash, pasal super splash ni mempunyai papan luncur yang terpanjang di Asia.

but hanya Motels, Camping site, Mimaland lake, MArquee dan Animal Kingdom sahaja yang aku jumpa, yang lain tidak kelihatan kerana suasana disekelilingnya dengan hutan dan semak yang tebal…tidak nampak dari jarak dekat, melainkan kami bawak parang dan follow Mimaland maps tadi dengan menebas hutan tersebut, but aku decide tidak mahu mengambil risiko…salah satunya jejak lama tidak lagi kelihatan…

setelah mengambil gambar, kami decide untuk pulang tetapi halangan itu muncul tiba-tiba hi hi hi hi …dengan kuasa dan ilmu meniarap serta doa tadi kami berjaya melepasi halangan….. Alhamdulilah…Semuanya selamat..kalau kantoi We Die Hu Hu Hu…

Cuma aku mahu berpesan kepada pembaca Blog Samsul Said ini, apabila korang berjaya masuk kedalam sana…Pertama sekali jagalah adab…kadangkala bila ramai-ramai masuk ni dia jadi lupa daratan….banyak foto-foto yang tersebar di Media Social ada antara mereka memanjat keatas Dinasour tu dan memijak papan tanda Mimaland dan membakar dokumen lama yang ada didalam tu, Aku rasa tak perlulah kot lakukan mcm tu..nanti rosak atau roboh..kesian generasi seterusnya yang ingin datang melihat…Dinasour sudah tidak ada rupa Dinasour lagi.

 

AKU MARAH NI!!!!!!…… PASAL AKU TAK DAPAT MELIHAT PENINGGALAN SEJARAH TU!….. Hi Hi Hi

 

Sampah juga perlu dijaga…korang jgn main sedap hati buang merata jer….Hutan itu cantek jangan rosakannya. nak bergambar ambik jelah tak perlu lah meniru gaya kera beb!…kesian kera beb dah takde gaya dah…

Korang harus berfikir, tempat yang korang masuk itu berusia 24 tahun!!!!..zaman mak bapak korang…kenangan tempat mereka bercinta tu dan sejarah Taman tema pertama di Malaysia. So seharusnya dipelihara…

Thanks wei baca blog aku…Bye Bye..mata gantukkk!!!! ZZZZzzzzzz!!!!.

 

 

 

.

  • Share

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *