SEPTEMBER 10, 2018 | Ruang Thinkcity, Kuala Lumpur
TEXT AND PHOTO BY SAMSUL SAID.
Pameran Sensor photography 7 jurugambar buta penglihatan di Kuala Lumpur bermula pada 8 hingga 27 september, 2018. Antara nama photographer Ahar Tabe, Svivabalan Salvarajan, Jamaliah Mohd Yasin, Theng Sze Young, Ng Suzie, Rashidi Abdullah dan Vivian Kwek Chu Lan.
RASHIDI ABDULLAH (Photographer dan juga seorang penulis puisi) kategori Buta B3 (Penglihatan tidak begitu jelas) berasal dari Negeri 9 mengunakan deria pendengaran dan rasa untuk mengambil gambar, Rashidi buta penglihatan sejak 10 tahun yang lalu dan mengikuti kelas fotografi selama 3 bulan sebelum dapat menghasilkan gambar dengan mengunakan kamera DSLR. Pekerjaan Rashidi adalah motivator untuk program “ Kau sumber Inspirasi Ku ”
“ I JUST TAKE, WHAT I WANT TO SEE ” – Rashidi Abdullah
JAMALIAH MOHD YASIN (Photographer) kategori buta B1 (Terus tidak nampak) berasal dari Negeri 9 mengunakan deria pendengaran, Sentuhan dan rasa serta juga naluri untuk mengambil gambar. Jamaliah hilang penglihatan apabila di serang penyakit saraf ketika berumur 30 tahun.
Antara foto yang sangat bermakna adalah foto ketika beliau melawati perkampungan orang asli di Pahang, beliau dapat merasakan orang asli amat menghargai kehadiran beliau dan terharu diatas sambutan kedatanganya di perkampungan tersebut. Jamaliah dapat mendengar dengan jelas gelak ketawa Orang Asli dan terus merakamkanya.
Jamaliah mengunakan deria pendengaran untuk menentukan jarak mengambil gambar daripada subjek sebelum merakamkanya.
“ HARGAI NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH TUHAN “ – Jamaliah Mohd Yasin
AHAR TABE (Photographer) Kategori buta B2 (Hanya Nampak Cahaya) berasal dari Sabah turut mengikuti kelas fotografi selama 3 bulan yang dibimbing oleh David (tenaga pengajar). Ahar mengunakan deria rasa seperti haba untuk menentukan dari mana datangnya arah cahaya tersebut sebelum merakamkanya.
Antara foto beliau yang menarik perhatian professional photographer adalah Light and Shadow dan juga kesempurnaan komposisi di dalam gambar tersebut.
Selain dari pameran fotografi yang dianjurkan oleh pihak Malaysian Association For the Blind (MAB) dan juga kerjasama Studio DL dan Community Partnerships With A Purpose di Ruang Thinkcity Kuala Lumpur, turut di adakan Tactile Photography untuk para pelawat merasai atau menyelami perasaan bagaimana mereka (buta) merakamkan gambar dengan mengunakan deria sentuhan tanpa melihat.
Majlis disempurnakan oleh Deputy Women, Community and Family Development Minister Hannah Yeoh.
MY OPINION:
Samsul Said (Professional Photographer) Saya terinspirasi dengan cara mereka menyampaikan mesej melalui foto yang diambil dengan cara tersirat tanpa penglihatan dan secara tidak langsung membuat saya lebih menghargai nikmat yang diberi oleh tuhan kepada saya.
Antara yang memberi impak kepada saya adalah description foto yang diambil oleh saudara Rashidi
“ANGKARA SUARA” –
Gambar ini terhasil angkara suara.
Lensa dihala tanpa bermata ke arah sana.
Rajin mencuba rupanya akan berjaya sekali-sekala.Jangan peduli ulasan mereka tentang si buta pemegang lensa.
Kerana yang celik masih ramai suka mengulas tanpa mencuba – Puisi oleh Rashidi Abdullah
-end